Umar bin Abdul Aziz Pemerintah Yang Amanah
Khalifah
Umar bin Abdul Aziz, adalah seorang Khalifah Bani Umaiyah. Pada suatu
malam tatkala baginda sedang tekun bekerja di bilik istananya,
tiba-tiba seorang putranya masuk untuk membincangkan sesuatu hal.
Baginda bertanya. “urusan kerajaankah? Atau urusan keluarga yang hendak
kamu bincangkan?” Jawab anakandanya, “urusan keluarga, ayahanda.”
Tiba-tiba
baginda memadamkan lampu yang terletak di mejanya yang digunakan untuk
menerangi bilik kerjanya itu. Putranya merasa hairan melihat sikap
ayahnya itu seraya bertanya: "Kenapa ayah padamkan lampu itu?"
Maka jawab ayahnya:
"Benar kata kau wahai anakku, tetapi kau harus ingat lampu yang sedang
ayah gunakan untuk bekerja ini kepunyaan kerajaan. Minyak yang
digunakan itu dibeli dengan menggunakan wang kerajaan, sedang perkara
yang hendak anakanda perbincangkan dengan ayahanda adalah perkara
keluarga." Lantas baginda meminta pembantunya membawa lampu dari bilik
dalam. Kemudian baginda pun berkata kepada putranya: "Sekarang lampu
yang baru kita nyalakan ini adalah kepunyaan keluarga kita, minyak pun
kita beli dengan wang kita sendiri. Sila kemukakan apa masalah yang
anakanda perbincangkan dengan ayahanda." Demikianlah besarnya sifat
amanah dari seorang pemimpin berkalibar selaku seorang raja yang
berjiwa besar.