Matanya
memberat lantaran isterinya begitu tawakkal. Padahal keperluan dapur
sudah habis sama sekali. Pun begitu Fatimah tidak menunjukan sikap
kecewa atau sedih. Ali lalu berangkat ke masjid untuk menjalankan sholat
berjamaah. Sepulang dari sembahyang, di jalan ia dihentikan oleh
seorang tua. "Maaf anak muda, betulkah engkau Ali anaknya Abu Thalib?" Ali menjawab dengan hairan. "Ya betul. Ada apa, Tuan?".
Orang tua itu mencari kedalam begnya sesuatu seraya berkata: "Dahulu
ayahmu pernah kusuruh menyamak kulit. Aku belum sempat membayar
upahnya, ayahmu sudah meninggal. Jadi, terimalah wang ini, sebab
engkaulah ahli warisnya."
Dengan
gembira Ali mengambil haknya dari orang itu sebanyak 30 dinar.Tentu
saja Fatimah sangat gembira memperoleh rezeki yang tidak di
sangka-sangka ketika Ali menceritakan kejadian itu. Dan ia menyuruh
membelanjakannya semua agar tidak pusing-pusing lagi merisaukan
keperluan sehari-hari.Ali pun bergegas berangkat ke pasar. Sebelum masuk
ke dalam pasar, ia melihat seorang fakir menadahkan tangan, "Siapakah
yang mahu menghutangkan hartanya kerana Allah, bersedekahlah kepada
saya, seorang musafir yang kehabisan bekal di perjalanan." Tanpa
berfikir panjang, Ali memberikan seluruh wangnya kepada orang itu. Pada
waktu ia pulang dan Fatimah kehairanan melihat suaminya tidak membawa
apa-apa, Ali menerangkan peristiwa yang baru saja dialaminya. Fatimah,
masih dalam senyum, berkata, "Keputusan kanda adalah yang juga akan
saya lakukan seandainya saya yang mengalaminya. Lebih baik kita
menghutangkan harta kerana Allah daripada bersifat bakhil yang di
murkai-Nya, dan yang menutup pintu syurga untuk kita."